Ucapan Xi pada SPIEF Disahut Positif

2019-06-08 16:11:16  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_zc2

Ucapan yang disampaikan Presiden China, Xi Jinping dalam Forum Ekonomi Antarabangsa St. Petersburg (SPIEF) ke-23, mendapat sahutan positif para peserta forum.

图片默认标题_fororder_zc

Isyarat positif bahawa China akan teguh menggalakkan keterbukaan dan kerjasama serta pembangunan mampan, menyuntik kedinamikan kepada kerjasama bilateral.

Wakil syarikat Deloitte, Ekaterina Trofimova berkata, ucapan Presiden China yang memberi penekanan sama dengan yang disampaikan Presiden Vladimir Putin telah mencerminkan hala tuju politik dan sosial negara, iaitu menyokong segala aspek kehidupan rakyat dan memastikan kestabilan pembangunan.

Pengerusi Lembaga Pengarah Syarikat Insurans VSK Rusia, Sergey Tsikalyuk berkata, beliau seratus peratus bersetuju dengan pandangan Presiden Xi bahawa seluruh umat manusia harus bersatu demi kemajuan ekonomi dan teknologi. Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) telah menyatukan rakyat negara-negara terlibat serta banyak entiti ekonomi, membolehkan dunia menuju ke arah menang-menang.

高蕾