Alam Sekitar Tasik Baiyangdian Dilindungi Menurut Standard Tinggi

2019-06-10 15:14:14  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500031_1_9500031_1_1_4b5db8fe-5c59-4f17-a9a8-d22d4739481d
 

Tasik Baiyangdian merupakan tasik air tawar yang paling besar dan juga mempunyai sistem ekologi tanah paya yang paling besar di dataran Huabei di mana terletak Kawasan Baharu Xiong'an. Sejak Xiong'an ditubuhkan pada lebih dua tahun yang lalu, kualiti air tasik Baiyangdian semakin meningkat yang memang tidak terlepas dari usaha pembina dan penduduk tempatan.

Di kampung Shaozhuangzi yang antara kumpulan pertama di kawasan sekitar Baiyangdian yang diuruskan menurut sistem integrasi, jaringan paip pengumpul air buangan sudah siap dipasang dan pusat pengurusan integrasi kecemasan telah beroperasi bagi memastikan air buangan dirawat dengan segera melalui saluran yang terancang. Selain itu, sistem pengawasan pintar disediakan bagi mengawasi pengoperasian mesin dan indikator.

Sebanyak 1,260 tan sampah yang dikeluarkan setiap hari oleh Xiong'an yang mempunyai tiga kaunti dan 640 kampung, dapat dibersihkan pada hari yang sama.   

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500031_1_9500031_1_1_1143fc70-f7dd-47a8-b99a-2e2d7534876a

 

 

 

曹捷