Sedia Perjuangkan Dunia Bersih Lagi Indah

2019-07-02 14:54:40  CRI
Share with:

 

Persidangan Kenderaan Tenaga Baharu Dunia (WNEVC) 2019 dirasmikan di Boao, provinsi Hainan pagi tadi. 

Presiden China, Xi Jinping dalam kawat tahniahnya menyatakan, industri kenderaan tenaga baharu berkembang pesat seiring dengan pusingan baharu revolusi perindustrian dan teknologi. Ini bukan sahaja menyuntik momentum kuat kepada pertumbuhan ekonomi pelbagai negara, malah kondusif bagi mengurangkan pelepasan gas rumah hijau, menangani perubahan iklim dan memulihara persekitaran ekologi global. 

Beliau berkata, China yang sentiasa berpegang pada jalan pembangunan hijau, karbon rendah dan lestari, bersedia bersama-sama masyarakat antarabangsa untuk memacu inovasi teknologi kenderaan tenaga baharu demi merealisasikan dunia yang bersih lagi indah.

张宪