Huawei, Muzium Negara Jalin Kerjasama "Muzium Pintar"

2019-07-02 12:46:10  CRI
Share with:

Satu perjanjian kerjasama strategik ditandatangani Muzium Negara China dan syarikat Huawei baru-baru ini, untuk bersama-sama menjayakan projek "Muzium Pintar".

Kurator Muzium Negara, Wang Chunfa berkata, "Muzium Pintar" yang dilancarkan awal tahun lepas bertujuan membina sistem pengurusan dan operasi melalui kesalinghubungan dan pengaplikasian teknologi pintar, di samping menaiktarafkan muzium dengan penggunaan teknologi data terbaru.

Pengerusi bergilir Huawei, Xu Zhijun pula menyatakan pihaknya akan menggabungkan kelebihan teknologi sendiri dengan pembinaan "Muzium Pintar" itu. Melalui kerjasama tersebut, Huawei akan membangunkan satu standard pembinaan pintar bagi industri budaya, sekali gus menyumbang kepada pembangunan industri berkenaan dan penyebaran budaya China di seluruh dunia.

Kedua-dua pihak akan bersama-sama melatih bakat profesional dan mengadakan interaksi secara berkala, serta menggalakkan pembangunan industri budaya melalui sinergi pasukan inovasi.

梁靓