WB: Pengalaman HSR China Wajar Ditimba

2019-07-09 16:13:42  CRI
Share with:

Bank Dunia (WB) dalam laporannya semalam menyatakan bahawa pengalaman China dalam membangunkan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) wajar ditimba oleh negara-negara lain.

Laporan itu menyebut, perancangan komprehesif untuk jangka panjang dan penstandardan reka bentuk adalah kunci kejayaan HSR China. Cara kerja itu membolehkan kos pembinaan hanya dua pertiga berbanding projek serupa yang dijalankan negara-negara lain.

Jaringan HSR China adalah yang paling besar di dunia, sekali gus mengubah mod pembangunan bandar, di samping merangsang sektor pelancongan serta pertumbuhan ekonomi setempat.

Ketua Jabatan China Bank Dunia, Martin Raiserb berkata, rakyat China kini menikmati pengangkutan yang jauh lebih mudah dan efisien daripada dahulu. Pembangunan jaringan HSR turut membantu usaha mengurangkan pelepasan gas rumah hijau pada masa depan.

Menurut laporan terkini oleh Jabatan Statistik Negara, landasan kereta api di China sepanjang 131,000 kilometer sehingga penghujung tahun 2018. Angka ini meningkat lima kali ganda berbanding 70 tahun lalu. Landasan HSR yang sepanjang 29,000 kilometer menempati lebih 60% daripada jumlah keseluruhan di dunia.
 

徐国玮