Guangxi Galak Keterbukaan Kewangan

2019-07-15 12:52:48  CRI
Share with:

Kerajaan Guangxi memeterai perjanjian kerjasama strategik dengan beberapa institusi kewangan untuk menjadikan wilayah  itu pintu bagi membuka sektor kewangan terhadap ASEAN.

Perjanjian dimeterai dengan Bank Pembangunan Negara, Universiti Renmin dan 17 institusi lain sempena simposium pada 12 Julai.

Setiausaha Parti Komunis China bagi Guangxi, Lu Xinshe menyatakan pembukaan sektor kewangan penting bagi pembangunan jangka panjang Guangxi serta kerjasama antara China dengan ASEAN. 

Pengerusi wilayah, Chen Wu menyatakan Guangxi akan menghimpunkan tenaga dan sumber untuk meningkatkan kerjasama luar dan mempercepat pembinaan platform penting seperti kota kewangan China-ASEAN, mekanisme interaksi dan kerjasama berkala dengan negara-negara ASEAN serta zon rintis inovasi kewangan rentas sempadan.

张弘