China, Afrika Mahu Perkasa Kerjasama

2019-07-17 13:27:44  CRI
Share with:

Forum Keamanan dan Keselamatan China-Afrika pertama sedang berlangsung di Beijing, dengan kehadiran hampir 100 wakil kanan dari 50 negara Afrika dan jabatan pertahanan Kesatuan Afrika (AU). 

Mereka rata-rata melahirkan hasrat untuk memperkasakan kerjasama berkaitan.

Pesuruhjaya  AU bagi Keamanan dan Keselamatan, Smail Chergui berkata, keganasan salah satu ancaman keselamatan paling serius kepada benua Afrika. AU bersedia mempertingkat kerjasama keselamatan dengan China yang dianggap rakan kongsi dihormati. 

Menteri Pertahanan Mauritania, Yahya Ould Hademine berkata, usaha bersama China dan Afrika dalam keselamatan membantu mewujudkan keadilan dan kesamarataan di Afrika. 

Beliau menyatakan China komited terhadap hubungan sama rata dengan semua negara tanpa sebarang syarat. Kerjasama seumpama membawa kepada situasi untung-untung.

 

张哲