China Permudah Urusan Warga Asing

2019-07-18 11:41:57  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_timg (68)


China mengumumkan 12 langkah untuk mempermudah prosedur imigresen dan permohonan keluar masuk bagi kategori tertentu warga asing.

Kementerian Keselamatan Awam (MPS) semalam memaklumkan, langkah-langkah tersebut bahagian pertama daripada 60 dasar khas bagi merangsang kemajuan sosioekonomi.

Bermula 1 Ogos,  permohonan permit tinggal akan dipermudah bagi bakat asing bertaraf tinggi termasuk mereka yang berkelulusan ijazah kedoktoran serta telah membuat sumbangan penting. Pasangan dan anak-anak warga asing yang layak juga boleh ikut memohon.

China juga sedang mempertimbangkan penubuhan pusat perkhidmatan urusan imigresen di tempat-tempat tumpuan warga asing.

Naib pengarah urusan warga asing Jabatan Pentadbiran Imigresen Negara (NIA), Jia Tongbin menyatakan pakej dasar baharu menyasarkan untuk menarik kedatangan pakar pengurusan dan teknologi yang amat diperlukan China.

 
张弘