Kerjasama Keselamatan Tunjang Hubungan

2019-07-18 11:53:48  CRI
Share with:
Menteri Pertahanan China, Wei Fenghe bertemu dengan para wakil dari Afrika yang menghadiri Forum  Keamanan dan Keselamatan China-Afrika pertama di Bejing semalam.

Wei menyatakan kerjasama  keamanan dan keselamatan tunjang penting yang telah menyumbang kepada perkembangan ikatan China-Afrika.

Kedua-dua pihak hendaklah terus menggalakkan kerjasama tersebut demi perkongsian strategik komprehensif yang lebih mantap serta komuniti berkongsi nasib lebih rapat.

Para tetamu dari Afrika menyatakan kesediaan untuk bersama-sama China memperdalam kerjasama seperti yang melibatkan misi mengiring kapal, antikeganasan, latihan sumber manusia dan latihan bersama, agar menjaga keamanan dan kestabilan di Afrika malah seluruh dunia.   
梁靓