China Siar Kertas Putih Berkaitan Xinjiang

2019-07-21 15:51:03  CRI
Share with:

Dewan Negara China mengeluarkan kertas putih berhubung isu-isu sejarah Xinjiang hari ini.

Menurut kertas putih itu, China merupakan sebuah negara bersatu yang berbilang kaum. Semua etnik di Xinjiang ialah anggota keluarga bangsa Cina yang bertali darah. Namun, sesetengah kumpulan pemisah, ekstremis agama dan pengganas sengaja memutarbelitkan sejarah dan fakta dengan niat memecahbelahkan China.

Kertas putih tersebut menegaskan bahawa Xinjiang merupakan sebahagian wilayah yang tidak boleh dipisahkan dari China. Xinjiang bukan apa yang disebut "Turkistan Timur". Etnik Uygur sebahagian daripada bangsa Cina, dan Xinjiang tempat yang mempunyai kepelbagaian budaya dan agama.

Kertas putih itu juga berbunyi bahawa Xinjiang kini berada pada tempoh pembangunan paling baik dalam sejarah dengan pertumbuhan ekonomi yang berterusan, masyarakat yang harmoni dan aman, taraf hidup rakyat yang kian meningkat serta kebudayaan yang amat makmur. 
 

张哲