China Dahului AS dalam Ranking Fortune 500

2019-07-23 15:04:07  CRI
Share with:

Majalah Fortune semalam menerbitkan ranking 500 syarikat paling unggul di dunia, yang meletakkan China di hadapan Amerika Syarikat (AS) untuk kali pertama dalam sejarah.

Ranking "Fortune 500" tahun ini menyenaraikan 129 syarikat China, berbanding 121 yang berpangkalan di AS.

Daripada hanya 10 pada tahun 2000 kepada 129 tahun ini, ledakan itu mencerminkan prestasi cemerlang pertumbuhan ekonomi China.

Selain 13 syarikat yang disenaraikan untuk kali pertama, ranking bagi 77 daripada 116 syarikat berkenaan meningkat jika dibandingkan dengan tahun lepas.

Walau bagaimanapun, jurang perbezaan antara syarikat China dengan AS yang tersenarai masih besar baik dari segi keuntungan mahupun kedudukan pada rantai industri.

高蕾