Pembaharuan Tentera Jadi Penekanan

2019-08-01 14:23:18  CRI
Share with:

Sistem dasar ketenteraan disifatkan sebagai jaminan penting bagi tadbir urus negara China.

Presiden Xi Jinping semasa mesyuarat mengenai pembaharuan sistem dan dasar ketenteraan petang kelmarin, mengaitkan pembangunan tentera dengan sasaran membina angkatan yang kuat pada era baharu, serta merealisasikan matlamat "dua seratus tahun" dan impian kebangkitan nusa dan bangsa.

Beliau menekankan bahawa pembaharuan tersebut ialah misi bersama bagi tentera dan orang awam. Badan di semua peringkat hendaklah memberikan sokongan masing-masing dan memastikan pembaharuan dilaksanakan dengan berkesan.

覃淼