IPU di Malaysia Kembali Sederhana

2019-08-05 13:07:34  CRI
Share with:

Kualiti udara kembali sederhana di semua negeri di Semenanjung, selain Sabah dan Sarawak, mengikut catatan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) semalam.


Data yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) menunjukkan penurunan bacaan IPU iaitu bawah 100 di seluruh negara sejak pagi 4 Ogos.

Di Johor, Sabah dan Sarawak, bacaan IPU menunjukkan beberapa daerah berada pada tahap yang baik iaitu Kota Tinggi, Johor (50), Limbang, Sarawak (49) dan Tawau, Sabah (39) yang menunjukkan bacaan paling sihat.

Dalam pada itu, terdapat beberapa kawasan di Pulau Pinang mencatat bacaan melebihi 80 iaitu Seberang Jaya (83), Seberang Perai (81), Minden (83), dan Balik Pulau (88) yang mencatat bacaan tertinggi sejak 7 petang pada hari yang sama.

Bacaan IPU 0 hingga 50 dikategorikan sebagai (baik), 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (amat tidak sihat) dan lebih 301 (berbahaya).

(Sumber dari BERNAMA)  

00:00:00/00:00:00
Waktu Solat
beijing
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
Kadar Tukaran
梁靓