Pertumbuhan Negatif Luar Sangkaan

2019-08-07 14:10:24  CRI
Share with:

Pertumbuhan negatif beberapa indeks ekonomi utama Singapura adalah di luar sangkaan ahli ekonomi dan usahawan tempatan.

Data suku kedua yang diumumkan kerajaan bulan lepas mendapati Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), Indeks Pengurus Pembelian (PMI) industri pembuatan dan Eksport Domestik Bukan Minyak (NODX) merekodkan kadar pertumbuhan bawah sifar.

Penganalisis berpendapat, ketegangan perdagangan global, eksport produk elektronik yang lemah dan pertumbuhan global yang lembap punca keadaan tersebut.

Pada pertengahan bulan lepas, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menurunkan unjuran pertumbuhan ekonomi Singapura sepanjang tahun daripada  2.3% kepada 2.0%. Pertumbuhan pertengahan tahun pula dijangka kira-kira 2.5%.

Bagi mengelakkan kemelesetan teknikal, kerajaan Singapura kemungkinan akan memperkenalkan pakej rangsangan termasuk melonggarkan dasar kewangan, mengurangkan cukai terhadap perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan memudahkan pembiayaan mereka, serta meneroka pasaran di negara-negara jiran.  

 

00:00:00/00:00:00
Waktu Solat
beijing
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
Kadar Tukaran
梁靓