Pengganas Letupan Kaherah Dikenal Pasti

2019-08-09 12:35:14  CRI
Share with:

Polis telah mengenal pasti identiti pengganas yang terlibat dalam serangan yang berlaku di luar Institut Kanser Nasional Mesir (NCI) pada 4 Ogos.

Kementerian dalam negeri memaklumkan, lelaki bernama Abdul Rahman Khaled Mahmoud seorang anggota Hasm, kumpulan bersenjata yang ada kaitan dengan Muslim Brotherhood yang sudah diharamkan.

Identitinya disahkan selepas perbandingan DNA dengan ahli keluarga.

Pasukan keselamatan telah melancarkan serangan hendap terhadap dua sarang pengganas, satu di wilayah Fayoum berjarak 100 kilometer barat daya Kaherah dan satu lagi di  Shorouk sekitar ibu kota. 

Seramai 15 pengganas ditembak mati dan beberapa lagi ditangkap dalam operasi tersebut.

梁靓