Pakistan Digesa Kekal Saluran Normal Diplomatik

2019-08-09 12:49:51  CRI
Share with:
Keputusan Pakistan untuk menggantung perdagangan dan menurunkan taraf hubungan diplomatik dengan India tidak disokong oleh fakta sebenar.

Kementerian Luar India semalam menyatakan rasa kesal atas keputusan pihak Pakistan, sambil menggesa negara itu meneliti semula rancangannya  supaya saluran normal komunikasi diplomatik dikekalkan.

Pada 5 Ogos, kerajaan India memansuhkan Fasal 370 Perlembagaan yang memberi status khas kepada Kashmir, tindakan yang menimbulkan ketegangan dengan Pakistan. 

Susulan itu, Pakistan memutuskan untuk menggantung perdagangan dan menurunkan taraf hubungan diplomatik dengan India, termasuk mengusir diplomat tertinggi India dan memanggil balik duta sendiri. 


 

梁靓