Jamuan Tambah Seri Aidiladha di Beijing

2019-08-13 14:34:00  CRI
Share with:

Persatuan Islam China (CIA) menganjurkan jamuan malam bagi meraikan Hari Raya Aidiladha di Beijing, semalam.

Majlis diserikan dengan kehadiran Setiausaha Sekretariat Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, You Quan.

Naib Ketua CIA, Jin Rubin dalam ucapannya menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan atas keprihatian kerajaan, serta menyampaikan salam kepada umat Islam di seluruh negara.


Dimaklumkan, lebih 200 tetamu menghadiri jamuan tersebut, termasuk duta negara-negara Arab, wakil pakar asing beragama Islam, pegawai kerajaan pusat dan tempatan, serta wakil pelbagai lapisan masyarakat Islam.

高蕾