Pusingan ke-8 Rundingan AS-Taliban Berakhir

2019-08-13 11:50:14  CRI
Share with:

Pusingan kelapan rundingan melibatkan wakil khas Amerika Syarikat (AS) dan Taliban Afghanistan melabuhkan tirai di Doha, Qatar semalam.

Rundingan yang diadakan sejak 3 Ogos dianggap berhasil, walaupun gagal membawa kepada perjanjian muktamad mengenai isu Afghanistan.

Wakil khas AS mengenai perdamaian Afghanistan, Zalmay Khalilzad semalam menyatakan, rundingan telah memfokuskan beberapa butiran teknikal. Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan hasil yang dicapai.

Jurucakap Taliban, Zabiullah Mujahid pada hari yang sama berkata, wakil kedua-dua pihak akan memaklumkan perkembangan kepada pemimpin masing-masing untuk memutuskan langkah seterusnya.

曹捷