Kehadiran Israel Mungkin Cetus Perang

2019-08-13 11:52:29  CRI
Share with:

Penglibatan Israel dalam pakatan tentera yang dikatakan "mengiring" kapal di kawasan perairan Teluk telah mengundang kecaman daripada
Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Iran.

IRGC memberi amaran bahawa kehadiran Israel di perairan berkenaan dalam apa jua bentuk, kemungkinan akan mencetuskan konflik dan perang.

Komander angkatan laut IRGC, Alireza Tangsiri kelmarin menyatakan, Amerika Syarikat (AS) dan Britain mesti bertanggungjawab atas sebarang akibat yang mungkin timbul.

Baru-baru ini, AS dengan sengaja membesar-besarkan "ancaman Iran" dan menambah tekanan terhadap negara itu. Menteri Luar Israel, Yisrael Katz menyatakan, negaranya akan menyertai konvoi yang diketuai AS itu.

曹捷