Gesa Tunai Kewajipan Kemanusiaan

2019-08-14 15:00:18  CRI
Share with:

Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-bangs Bersatu (PBB), Zhang Jun menyeru semua negara bersungguh-sungguh menunaikan kewajipan yang ditetapkan di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

Ketika berucap pada mesyuarat terbuka Majlis Keselamatan PBB semalam, Zhang Jun berkata, kerajaan menggalas tanggungjawab untuk mematuhi undang-undang tersebut dalam apa jua situasi sekalipun, dan peranan mereka tidak boleh digantikan.

Katanya, sebarang pelanggaran undang-undang itu mesti disiasat dan ditangani sewajarnya.

Masyarakat antarabangsa hendaklah mengambil kira keperluan praktikal dalam pelaksanaan undang-undang kemanusiaan antarabangsa, dan memperkasakan usaha berkenaan melalui konsensus semua negara.

曹捷