Perunding China, AS Berhubung melalui Telefon

2019-08-14 11:25:32  CRI
Share with:

Naib Perdana Menteri, Liu He menghubungi Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (AS), Robert Lighthizer dan Setiausaha Perbendaharaan, Steven Mnuchin melalui telefon malam semalam.

Liu selaku ketua perunding pihak China, telah menyuarakan bantahan terhadap tarif baharu AS yang akan berkuatkuasa pada 1 September.

Kedua-dua pihak berjanji akan berhubung lagi melalui telefon dalam masa dua minggu akan datang.

曹捷