Takkan Dibiar Terjejas Kepentingan

2019-08-16 12:11:23  CRI
Share with:

China akan mengambil tindakan balas yang sewajarnya, sebagai respons kepada tarif tambahan 10% yang diumumkan pejabat Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (AS). 

Ini langkah yang terpaksa diambil, kerana tarif baharu yang dikenakan ke atas produk bernilai kira-kira USD300 bilion (RM1.26 trilion) itu membelakangi konsensus yang dicapai antara dua presiden sewaktu di Argentina dan Osaka.

Dua konsensus itu berbunyi, China dan AS perlu merungkai masalah melalui rundingan. AS bagaimanapun sekali lagi bermain percaturan tarif, perbuatan yang bersimpang daripada landasan betul. Walaupun AS baru-baru ini menyatakan akan menangguhkan pelaksanaan tarif baharu terhadap sebahagian produk China, namun selagi tidak dibatalkan habis, tarif berkenaan pasti akan menjejaskan kepentingan China. 

Tiada pemenang dalam perang perdagangan. Pergeseran yang semakin meruncing pasti membawa impak negatif terhadap kedua-dua negara bahkan dunia. 

China bersedia untuk bekerjasama bagi menyelesaikan masalah, namun kerjasama mestilah secara berprinsip dan rundingan ada garis batasnya. Tiada tolak ansur apabila prinsip-prinsip penting yang menjadi pokok perbincangan.

曹捷