FedEX Langgar Lagi Undang-Undang China

2019-08-19 14:35:47  CRI
Share with:

Syarikat penghantaran ekspres FedEX sekali lagi melanggar undang-undang China apabila sebuah bungkusan yang dikendalikannya baru-baru ini didapati mengandungi senjata api.

Bungkusan berkenaan dikirim oleh pelanggan FedEX di Amerika Syarikat (AS) kepada sebuah syarikat sukan di provinsi Fujian.

China mengkategorikan senjata api sebagai barang berbahaya dan mengamalkan kawalan ketat dalam pengurusan senjata jenis itu. Sesiapa yang melanggar undang-undang kawalan senjata api di China biar dari segi mengeluarkan, memperdagangkan atau mengangkut tanpa kebenaran akan disiasat atas tuduhan jenayah.

FedEX yang telah berurus niaga di China selama lebih 30 tahun, sepatutnya jelas akan undang-undang dan peraturan tempatan, dan bukannya menjadi saluran untuk anasir-anasir jenayah berdagang senjata api secara haram.

Pasaran penghantaran ekspres di China berkembang pesat dan mempunyai potensi besar. China mengalu-alukan semua negara melabur dan berkongsi keuntungan daripada sektor tersebut, tetapi dengan prasyarat undang-undang dan peraturan tempatan mesti dipatuhi.

徐国玮