Johnson Usul Syarat Baharu Rundingan Brexit

2019-08-20 14:07:33  CRI
Share with:

Perdana Menteri Britain, Boris Johnson semalam mengirim surat kepada Kesatuan Eropah (EU), mengajukan syarat-syarat baharu bagi rundingan mengenai perjanjian Brexit. 

Ini kali pertama Johnson mengambil inisiatif untuk menghubungi EU tentang Brexit, selepas hampir sebulan menyandang jawatan perdana menteri.

Menurutnya, Britain tidak berpuas hati tentang aturan mengenai sempadan Ireland Utara yang ditetapkan dalam perjanjian Brexit sebelum ini, kerana dokumen itu menjejaskan keutuhan wilayah Britain. 

Beliau menyeru kedua-dua pihak mencari penyelesaian yang lebih fleksibel dan inovatif bagi masalah tersebut. 
 

徐国玮