AS Uji Peluru Berpandu Krus Pertama Selepas Keluar INF

2019-08-20 13:49:45  CRI
Share with:

Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) semalam mengumumkan pihaknya telah melancarkan sebutir peluru berpandu krus darat di Pulau San Nicolas, negeri California pada petang kelmarin.

Peluru berpandu yang diuji dikatakan kena tetap pada sasaran selepas terbang sejauh 500 kilometer. Data yang diperoleh akan digunakan kelak untuk membangunkan peluru berpandu jarak sederhana.

Ini kali pertama AS mengumumkan secara rasmi pelancaran peluru berpandu yang dihadkan di bawah perjanjian Kuasa Nuklear Jarak Sederhana (INF) selepas menarik diri pada awal bulan ini.

覃淼