Import, Eksport Syarikat Swasta Meningkat 11.2%

2019-09-09 15:41:18  CRI
Share with:

Jumlah perdagangan luar China pada lapan bulan pertama tahun ini merekodkan peningkatan yang stabil.

Data terkini Jabatan Am Kastam menunjukkan, jumlah import dan eksport mencatat RMB20.13 trilion (RM11.84 trilion) dalam tempoh tesebut, naik 3.6% berbanding tempoh sama tahun lalu.
 
Antaranya, jumlah import dan eksport oleh syarikat swasta mencatat RMB8.49 trilion (RM4.99 trilion), meningkat 11.2%. Syarikat swaswa berjaya mengatasi syarikat pelaburan asing dan menjadi penyumbang terbesar bagi perdagangan luar China.

徐国玮