Mesyuarat Kemajuan Hak Asasi Manusia di Geneva

2019-09-10 11:56:04  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1124980128_15680752138291n

图片默认标题_fororder_1124980128_15680752138571n

Persatuan Pengajian Hak Asasi Manusia China (CSHRS)menganjurkan satu sesi memperkenalkan perkembangan hak asasi di China, di luar agenda persidangan ke-42 Majlis Hak Asasi Manusia PBB di Geneva semalam.

Sesi tersebut merumuskan pencapaian yang dilakar dalam usaha memajukan hak asasi manusia sejak Republik Rakyat China ditubuhkan 70 tahun lalu.

Naib Setiausaha Agung CSHRS, Wu Leifen menyatakan bahawa China sentiasa mengutamakan hak asasi manusia, menjunjung kesejagatan hak asasi manusia dan menggabungkannya dengan keadaan sebenar negara sendiri, membolehkan kemajuan ketara dicapai dalam usaha berkenaan.

Hampir 50 diplomat dan wakil pertubuhan antarabangsa turut hadir ke sesi tersebut.

覃淼