China Bantah Politikus AS Putar Belit Fakta

2019-09-11 14:23:34  CRI
Share with:

China membantah keras kenyataan sesetengah politikus Amerika Syarikat (AS) yang mendakwa demonstrasi di wilayah Hong Kong bukanlah urusan domestik China.

Seorang jurucakap Pejabat Kementerian Luar di Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong dalam satu kenyataan semalam membidas dakwaan mereka yang memutarbelitkan fakta dan melanggar norma asas hubungan antarabangsa.

Katanya, sejak Hong Kong kembali ke pangkuan tanah air, dasar "satu negara, dua sistem" dan "orang Hong Kong mentadbir Hong Kong" dilaksanakan dengan efektif, membolehkan penduduk menikmati hak dan kebebasan yang dijamin mengikut undang-undang.

Namun, penyuaraan pandangan melalui perhimpunan secara damai perlu dibezakan daripada penggunaan kekerasan untuk mencabar dasar "satu negara, dua sistem".

Sesetengah politikus AS mengagung-agungkan kekerasan sebagai perjuangan demi hak asasi dan kebebasan. Ini mencerminkan kejahilan mereka terhadap sejarah dan realiti Hong Kong, serta sikap yang terang-terangan mencemuh hasrat penduduk tempatan yang mahu kekerasan dihentikan dan order sosial dipulihkan.

胡星