Dunia Makin Perlukan Multilateralisme

2019-09-11 13:41:37  CRI
Share with:

Situasi antarabangsa yang semakin tidak stabil dan tidak menentu pada masa ini, menjadikan multilateralisme begitu mustahak bagi dunia.

Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva, Chen Xu menyatakan demikian dalam persidangan ke-42 Majlis Hak Asasi Manusia PBB (UNHRC) semalam, mewakili negara-negara yang berpendirian sama.

Beliau berkata, negara-negara yang berpendirian sama menyarankan semua pihak menjaga multilateralisme serta menggalakkan dialog dan kerjasama. Negara-negara tersebut juga
menyokong Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia (OHCHR) memainkan peranan aktif untuk membolehkan perkembangan sihat usaha berkenaan.

OHCHR diharap mendorong interaksi dan dialog secara saling hormat dan sama rata, mementingkan pembasmian kemiskinan dalam usaha memajukan hak asasi, menambah peruntukan kepada perjuangan menentang rasisme dan melindungi hak mangsa keganasan, serta menghormati jalan pembangunan yang dipilih pelbagai negara.

Katanya, kemajuan yang dicapai harus dihargai, begitu juga pengalaman dalam bidang berkenaan hendaklah dikongsi bersama.

高蕾