Gesa Teruskan Bantuan kepada Afghanistan

2019-09-11 14:12:43  CRI
Share with:

Situasi semasa di Afghanistan berada pada fasa genting, kata Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Zhang Jun pada mesyuarat terbuka Majlis Keselamatan PBB semalam.

Beliau menekankan, masyarakat antarabangsa perlu menunaikan komitmen masing-masing dan terus memberikan bantuan kepada negara itu.

Semua pihak terlibat termasuk Taliban diharap mengutamakan kepentingan negara dan rakyat, memulakan rundingan dalaman untuk mencapai rangka kerja bagi rundingan politik akan datang.

Beliau berkata, China sentiasa menyokong proses politik di Afghanistan, dan mahu perdamaian secara inklusif direalisasikan seawal mungkin. China bersedia bersama-sama masyarakat antarabangsa terus memberikan sumbangan demi keselamatan, ketenteraman, pembangunan dan kemakmuran negara itu.

覃淼