Wakil Wanita HK Kecam Kekerasan

2019-09-12 14:39:42  CRI
Share with:

Presiden Persatuan Wanita Hong Kong, Pansy Ho Chiu-king mengecam kekerasan yang semakin menjadi-jadi yang dilakukan oleh sesetengah pemprotes di Hong Kong.

Ketika berucap pada persidangan ke-42 Majlis Hak Asasi Manusia Bangsa-bangsa Bersatu (UNHRC), beliau berkata kehidupan penduduk awam di Hong Kong telah terganggu akibat kekerasan yang berlarutan selama tiga bulan. Pemprotes diseru menghentikan penggunaan kekerasan dan mengelakkan keretakan sosial yang tidak dapat dipulihkan.

Katanya, kekerasan telah mengakibatkan beratus-ratus syarikat kecil terpaksa menggulung tikar dan ramai yang kehilangan pekerjaan. Penduduk awam yang menjadi mangsa terbesar.

Pemprotes melampau merosakkan harta awam dengan sesuka hati, mengeksplotasi media dan Internet untuk mencerobohi privasi, malah menyebarkan berita palsu dengan niat mencetuskan rasa curiga dan panik dalam masyarakat.

Penduduk Hong Kong rata-rata memuji ucapan Ho, yang dianggap akan membantu masyarakat antarabangsa membuat pertimbangan yang objektif dan menyeluruh mengenai situasi di Hong Kong.

胡星