China Laksana 37 Ribu Piawaian Peringkat Negara

2019-09-12 15:03:57  CRI
Share with:

Kualiti dan kuantiti piawaian yang dilaksanakan China telah meningkat ketara dalam tempoh 70 tahun lalu.

Ketua Jabatan Pentadbiran Penstandardan China (SAC), Tian Shihong semalam memaklumkan, China telah memperkenalkan sebanyak 36,877 piawaian peringkat negara setakat ini.

Sejak dasar pembaharuan dan pintu terbuka dilaksanakan, China giat melaksanakan piawaian antarabangsa, membawa kepada lebih 10,000 daripadanya diamalkan di dalam negeri.

China juga aktif mengemukakan usul piawaian kepada Pertubuhan Penstandardan Antarabangsa (ISO) dan Suruhanjaya Elektroteknik Antarabangsa (IEC).

Tian Shihong menyatakan, pada titik permulaan baharu ini, China akan terus memperdalam pembaharuan melibatkan kerja-kerja penstandardan. Usaha sedang dilakukan untuk mempercepat pembentukan sebuah sistem piawaian yang dapat memangkin pembangunan berkualiti.

徐国玮