China Umum Pengecualian Tarif Produk AS

2019-09-12 15:05:18  CRI
Share with:

Dewan Negara China hari ini mengumumkan senarai produk Amerika Syarikat (AS) yang diberikan pengecualian tarif, langkah yang bertujuan meminimumkan impak pergeseran perdagangan terhadap syarikat yang berurus niaga di negara ini.

Senarai yang disusun Suruhanjaya Tarif dan Cukai tersebut akan berkuat kuasa bermula 17 September. 

Berdepan amalan unilateral dan perlindungan AS dalam setahun lalu, China terpaksa melaksanakan tiga pusingan tarif balas bagi melindungi kepentingan teras negara dan rakyat.  

China jelas bahawa tarif balas tersebut akan membawa impak kepada sesetengah syarikat yang berurus niaga di negara ini, namun dianggap perlu kerana bukan sahaja tindakan balas yang wajar terhadap pembulian oleh gergasi Barat itu, malah untuk mengurangkan tempias terhadap sektor perusahaannya.

Senarai pengecualian yang diumumkan China buat julung kalinya, disusun dengan mempertimbangkan keadaan luaran dan dalaman.
 
Menurut persetujuan sebelum ini, China dan AS akan mengadakan pusingan ke-13 rundingan ekonomi dan perdagangan peringkat tinggi di Washington pada awal Oktober. Adalah menjadi harapan bersama supaya pusingan kali ini dapat membawa kemajuan substantif dalam isu berkenaan.

徐国玮