Dalam pertemuan dengan utusan khas Presiden Indonesia, Luhut Binsar Pandjaitan, Han menyatakan China dan Indonesia sama-sama merupakan negara membangun besar dan entiti ekonomi baru muncul di Asia, mempunyai potensi kerjasama besar.
Semasa berjumpa Timbalan Presiden Myanmar, Myint Swe, Han menyatakan China dan Myanmar dihubungkan dengan gunung dan sungai, dan ikatan Pauk-Phaw antara rakyat sangat erat.
Beliau menyarankan kedua-dua negara merebut peluang daripada ulang tahun ke-70 hubungan diplomatik pada tahun depan, mengekalkan momentum pertukaran lawatan peringkat tinggi, mengoptimumkan reka bentuk peringkat atas dan panduan strategik, mempertingkat sinergi berkaitan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), dan melonjakkan hubungan bilateral ke tahap lebih tinggi.
Ketika bertemu Timbalan Perdana Menteri Vietnam, Vu Duc Dam, Han menyatakan China dan Vietnam komuniti berkongsi nasib yang bermakna strategik. Kedua-dua pihak hendaklah menggalakkan kerjasama dalam bidang-bidang utama, khususnya yang berorientasikan BRI dan "dua koridor satu lingkaran".
Vietnam selaku pengerusi bergilir ASEAN tahun depan, diharap memainkan peranan positif bagi memajukan hubungan China-ASEAN.
Dalam pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri Kemboja, Hor Nam Hong, Han menyatakan China dan Kemboja telah menjalinkan perkongsian strategik komprehensif dan terus bergabung tenaga ke arah komuniti berkongsi nasib pada era baharu ini.
Kedua-dua pihak patut mempercepat penyelarasan strategi pembangunan, bersama-sama membina BRI yang berkualiti, dan mendorong perkembangan dalam projek kerjasama penting supaya membawa lebih banyak faedah kepada rakyat.
Semasa berjumpa Timbalan Perdana Menteri Laos, Sonexay Siphandone, Han Zheng menyatakan pemimpin China dan Laos telah memeterai Pelan Tindakan Pembentukan Komuniti Berkongsi Nasib. Ini memberi panduan kepada perkembangan hubungan bilateral dalam jangka panjang, sekali gus membuka lembaran baharu hubungan bilateral.
Ketika bertemu Timbalan Perdana Menteri Thailand merangkap Menteri Perdagangan, Jurin Laksanawisit, Han Zheng pula menyatakan China dan Thailand harus menggunakan peluang daripada ulang tahun ke-45 hubungan diplomatik tahun depan untuk memperkasakan perkongsian strategik komprehensif.
Thailand diharap terus memainkan peranan sebagai pengerusi bergilir ASEAN tahun ini bagi menyumbang kepada hubungan China-ASEAN yang lebih kukuh.