HK Mahu Terus Sumbang kepada Negara

2019-09-26 14:53:38  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500033_1_9500033_1_1_86fc8eaf-f381-4c45-b38d-2003055b3e64

Persatuan Persahabatan Hong Kong mengadakan satu jamuan semalam, sempena ulang tahun ke-70 Republik Rakyat China.

Naib Pengerusi Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC), Tung Chee-hwa dan Ketua Eksekutif Hong Kong, Carrie Lam menyerikan majlis, bersama-sama pegawai dari jabatan kerajaan pusat dan tempatan serta wakil peniaga.

Para tetamu rata-rata berharap Hong Kong dapat merebut peluang ini untuk terus membuat sumbangan demi kemajuan ibu pertiwi.

Carrie Lam menyatakan, sejak Republik Rakyat China ditubuhkan pada 70 tahun lalu, pelbagai pencapaian cemerlang telah dilakar termasuk dalam ekonomi, sosiobudaya serta sains dan teknologi, sementara kedudukannya di pentas antarabangsa semakin kukuh. Selama ini, Hong Kong yang giat terlibat dalam proses pembangunan negara, membangun dan makmur bersama-sama seluruh negara.

Para tetamu beranggapan, pembinaan Kawasan Teluk Besar yang merangkumi Guangdong, Hong Kong dan Makau telah membawa peluang yang amat besar kepada Hong Kong. Kawasan tersebut cukup sesuai dibangunkan sebagai kawasan yang ekonominya paling dinamik di dunia.

曹捷