Pertemuan Sahabat Vietnam dan China telah diadakan di Hanoi semalam bagi perayaan ulang tahun ke-70 Republik Rakyat China (PRC).
Setiausaha Sekretariat Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam, Nguyen Xuan Thang menilai tinggi prestasi luar biasa yang dicapai China dalam pembangunan sosioekonomi pada 70 tahun lalu, dan menyatakan bahawa negaranya mementingkan usaha untuk mengekalkan semangat kejiranan dan hubungan kerjasama yang menyeluruh dengan China, di samping bersedia mendorong persefahaman rakyat antara satu sama lain.