Sambutan ulang tahun ke-70 penubuhan Republik Rakyat China (PRC) dimeriahkan dengan acara malam gembira yang dianjurkan di Beijing pada 29 September.
Acara diserikan dengan kehadiran Presiden Xi Jinping, Perdana Menteri Li Keqiang, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan, Li Zhanshu, pemimpin-pemimpin lain, serta lebih 4,000 penonton.
Epik muzik dan tarian "Berjuanglah, Wahai Rakyat China" yang dipersembahkan, terdiri daripada empat bahagian iaitu perjuangan 28 tahun untuk menubuhkan PRC, disusuli era revolusi sosialis, pembaharuan dan pintu terbuka, disudahi dengan era baharu sosialisme bercirikan China selepas Kongres Kebangsaan ke-18 Parti Komunis China.