Usaha China Basmi Kemiskinan Jadi Contoh

2019-10-06 16:34:57  CRI
Share with:
China telah melakar pencapaian menakjubkan sepanjang 70 tahun lalu dan menjadi negara contoh dalam usaha menangani kemiskinan serta perubahan iklim.

Demikian dinyatakan pakar isu Asia dari Bertain, Aftab Siddiqui ketika diwawancara Kumpulan Media China (CMG) baru-baru ini.

Beliau yang juga pengasas Kumpulan Kerja Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dan Koridor Ekonomi China-Pakistan Rentas Parlimen Britain berkata, pihaknya  akan merebut segala peluang bagi memperkasa kerjasama antara syarikat Britain dan China.

Pada masa sama, beliau turut memandang positif prospek kerjasama pelbagai dimensi antara Britain dan China yang boleh membantu dalam penjanaan modal untuk syarikat China dan meneroka potensi kerjasama dengan negara-negara Barat.

 
张哲