Bulan Cinta, Hormat Warga Emas

2019-10-09 13:31:22  CRI
Share with:

Kempen Bulan Cintai dan Hormati Warga Emas dilancarkan di Beijing semalam.

Pengerusi Suruhanjaya Kesihatan Negara, Ma Xiaowei menyatakan pihaknya mengutamakan kesihatan warga emas, yang kini sebahagian stategi China Sihat.

Setakat hujung tahun lepas, terdapat 249 juta warga emas berumur 60 tahun ke atas di China, iaitu 17.9% keseluruhan populasi negara.

Seramai 15 juta warga emas dari keluarga miskin dapat menikmati jaminan hidup tahap minimum, manakala saraan hidup bagi 4 juta yang miskin tegar ditanggung penuh oleh kerajaan.

Setakat separuh pertama tahun ini, sebanyak 173,300 institusi di serata negara memberi khidmat kepada warga emas.

Dasar bantuan dan kebajikan sosial juga telah dilaksanakan sepenuhnya, sementara usaha dilakukan untuk menambah baik perkhidmatan di peringkat komuniti dan menaiktarafkan rumah jagaan warga emas di kawasan luar bandar.

覃淼