AS Perlu Segera Henti Campur Tangan

2019-10-10 16:22:24  CRI
Share with:

Pihak China membantah keras tindakan Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat (AS) menyenaraikan Jabatan Keselamatan Awam Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang dan syarikat-syarikat China sebagai entiti yang dikenakan kawalan eksport.

Pejabat Antikeganasan Negara China dalam kenyataannya menggesa AS menarik balik keputusan tersebut dan menghentikan campur tangan terhadap urusan dalaman negara ini.

Katanya, apa yang didakwa AS sebagai isu hak asasi manusia di Xinjiang tidak wujud sama sekali, dan tuduhan yang dibuat hanyalah dalih untuk mencampuri urusan China. 

AS memburuk-burukkan dasar China tentang Xinjiang dan mengenakan sekatan secara sepihak terhadap China mengikut undang-undang sendiri, digesa segera meninggalkan amalan dwistandard dan berhenti menyokong pengganas "Turkistan Timur" sebelum terjejasnya kepentingan diri.

徐国玮