Kerjasama China-India Penting bagi Dunia

2019-10-13 15:44:55  CRI
Share with:

Radio Antarabangsa China (CRI) semalam mengeluarkan rencana pengarang yang bertajuk "China dan India merancang pelan pembangunan dua negara bagi seratus tahun dari peringkat strategik".

Menurut rencana itu, pertemuan tidak rasmi pemimpin China-India kedua diadakan di Chennai, selatan India pada 11 hingga 12 Oktober lalu. Sidang kali ini memperkasakan hubungan persahabatan antara kedua-dua negara, di samping menetapkan hala tuju pembangunan hubungan bilateral dari tahap strategik.

China dan India mempunyai banyak kemiripan dari segi jumlah penduduk, agregat ekonomi serta sejarah dan kebudayaan. Kedua-dua negara berada dalam tempoh yang amat penting bagi mewujudkan kebangkitan dan pembangunan bangsa. Pemimpin China dan India bersetuju bahawa kedua-dua negara perlu memandang dengan objekfi pembangunan antara satu sama lain, meningkatkan kesalingpercayaan strategik agar menjamin perkembangan yang stabil hubungan kedua-dua negara. 

Sebagai asas hubungan bilateral, kerjasama ekonomi dan perdagangan mempunyai potensi yang besar.

Menurut rencana itu, berlatarbelakangkan unilateralisme  dan amalan perlindungan semakin bangkit di dunia pada masa ini, kerjasama antara China dengan India semakin penting bagi rantau ini bahkan dunia.

徐国玮