Presiden Xi Ditemui Sher Bhadur Deuba

2019-10-13 14:44:38  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1125097644_15709121780481n

Presiden China, Xi Jinping menemui Presiden Parti Kongres Nepal, Sher Bhadur Deuba di Kathmandu semalam.

Xi berkata, rakyat China tidak akan melupakan sumbangan Parti Kongres Napal terhadap persahabatan kedua-dua negara ketika parti itu memerintah di Nepal. China komited mengekalkan hubungan persahabatan dengan Nepal walau mana-mana parti yang memerintah. Parti Komunis China (PKC) mahu terus merapatkan kerjasama dengan Parti Kongres Nepal.

Sher Bhadur Deuba pula berkata, pihaknya mementingkan hubungan dengan China dan merakamkan terima kasih atas sokongan China kepada Nepal dalam memelihara kedaulatan negara dan keutuhan wilayah, serta pembangunan sosioekonominya. Nepal mengamalkan dasar satu China, menentang mana-mana kuasa menggunakan wilayah Nepal untuk melakukan kegiatan pemecahbelahan negara China. Pihaknya berharap agar perjanjian kerjasama Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) yang termeterai dalam tempoh pemerintahan partinya dapat membantu menggalakkan kesalinghubungan Nepal dengan negara-negara serantau. Pihaknya turut komited memperkukuh interaksi persahabatan dengan PKC.
 

覃淼