Lawatan Xi ke India dan Nepal Berhasil

2019-10-14 07:59:16  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1125100048_15709907303651n

Lawatan Presiden Xi Jinping ke India dan Nepal telah berakhir. India dan Nepal ialah dua negara jiran yang penting bagi China di Asia Selatan. Menjelang ulang tahun ke-70 penjalinan hubungan diplomatik China-India dan ulang tahun ke-65 penjalinan hubungan diplomatik China-Nepal pada tahun depan, lawatan Xi ke kedua-dua negara tersebut bukan sahaja meningkatkan rasa saling percaya antara satu-sama lain, tetapi juga meningkatkan kerjasama yang saling menguntungkan.

图片默认标题_fororder_1125097242_15708892040061n

  
Dalam tempoh lawatan Xi ke India, pemimpin kedua-dua negara mengadakan komunikasi secara ikhlas dan menyelesaikan perselisihan dengan baik. Kedua-dua pemimpin menegaskan pencapaian perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dengan secepat mungkin akan membawa penggerak baharu kepada globalisasi ekonomi.
     
Lawatan Xi ke Nepal pula telah memulakan era baharu bagi hubungan kedua-dua negara, di samping menyediakan pelan tindakan bagi pembangunan hubungan dua hala pada masa hadapan.  

张弘