Rusia, Arab Saudi Ikat Kerjasama Lebih Rapat

2019-10-15 13:04:21  CRI
Share with:

Presiden Rusia, Vladimir Putin yang sedang mengadakan lawatan ke Arab Saudi, bertemu dengan Raja Salman Abdulaziz Al Saud di Riyadh semalam.

Putin menyatakan penyelarasan lebih kukuh antara Rusia dan Arab Saudi amat penting bagi keselamatan dan kestabilan Asia Barat. Lawatannya diharap dapat membawa kemajuan kepada hubungan kedua-dua negara.

Raja Salman bertitah, pihaknya menanti-nantikan kerjasama lebih rapat dengan Rusia dalam pelbagai bidang. Beberapa perjanjian kerjasama yang dicapai membabitkan perdagangan dan pelaburan khususnya tenaga akan mendatangkan keuntungan besar. 

Dalam tempoh lawatan Putin yang bermula semalam, Rusia dan Arab Saudi telah memeterai beberapa perjanjian yang dikatakan membolehkan jalinan kerjasama melangkah ke fasa baharu.

 

梁靓