Gesa Henti Ganggu Diplomat China

2019-10-18 14:50:01  CRI
Share with:

AS digesa berhenti mengenakan halangan terhadap diplomat China untuk menjalankan kerja-kerja normal.

Gesaan dibuat jurucakap Kementerian Luar, Geng Shuang ketika mengulas laporan bahawa diplomat China diarahkan memaklumkan kepada Jabatan Negara AS sebelum berjumpa dengan pegawai-pegawai tempatan. Pihak AS mendakwa tindakan tersebut adalah untuk membalas amalan serupa China.

Geng berkata, China sentiasa menyokong dan menyediakan kemudahan yang diperlukan kepada diplomat AS untuk melakukan aktiviti normal berkaitan kerja. Dakwaan AS adalah tidak berasas sama sekali. 

Beliau turut menggesa AS membetulkan kesalahan dan menarik balik keputusan berkenaan.
 

梁靓