China Mampu Capai Matlamat Ekonomi Makro

2019-10-19 14:45:08  CRI
Share with:


Ekonomi China terus menunjukkan momentum semakin baik. China yakin mampu mencapai matlamat ekonomi makro yang ditetapkan.

Ucapan Naib Perdana Menteri Liu He pada Persidangan Industri VR Dunia hari ini turut menyampaikan isyarat bahawa rundingan ekonomi dan perdagangan antara China dan AS telah mencapai kemajuan substantif dalam banyak aspek, yang meletakkan asas penting kepada pemeteraian perjanjian secara berfasa.

Berhentinya perang perdagangan bermanfaat bagi semua, inilah konsensus terkini yang dicapai kedua-dua negara. 

Jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China pada tiga suku pertama tahun ini meningkat 6.2% berbanding tempoh sama tahun lepas, mendahului entiti ekonomi utama lain. 

Prestasi itu memperlihatkan ketahanan dan keupayaan kuat ekonomi China dalam menangkis risiko, juga mencerminkan kebolehan kerajaan China memanfaatkan pelbagai alat dasar.

Persidangan Industri VR Dunia 2019 dijadualkan berlangsung di Nanchang pada 19 hingga 21 Oktober, anjuran Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat bersama kerajaan provinsi Jiangxi.  

张弘