Seru Pemilihan Aman, Teratur

2019-10-19 14:58:26  CRI
Share with:

Pemilihan umum majlis daerah Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong akan diadakan pada 24 November.

Seorang jurucakap Suruhanjaya Hal Ehwal Pemilihan semalam menyatakan rusuhan dan kekerasan terus-menerus berlaku akhir-akhir ini, malah ada tokoh masyarakat diserang dan pejabat kerajaan dirosakkan. Keadaan semasa telah menimbulkan kebimbangan orang ramai.

Katanya, pemilihan umum yang diadakan empat tahun sekali ialah platform penting bagi lebih 4.13 juta pengundi melaksanakan hak sendiri untuk memilih anggota majlis daerah.

Untuk memastikan kelancaran pemilihan, satu pelan respons kecemasan akan dirangka bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Beliau menyeru para penduduk bersama-sama memlihara pemilihan yang damai, teratur, adil dan terbuka.

张弘