Ekonomi Kekal Mampan, Struktur Makin Optimum

2019-10-19 15:28:31  CRI
Share with:

China tetap entiti ekonomi utama yang menyaksikan pertumbuhan paling pesat dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) merekodkan kenaikan 6.2% pada tiga suku pertama tahun ini. 

Prestasi itu sekali lagi mencerminkan ketahanan ekonomi China serta keupayaannya untuk menangkis risiko. 

Dalam tempoh tersebut, struktur ekonomi China juga kian optimum apabila peranan sektor perkhidmatan sebagai pemacu semakin penting. 

Di samping itu, perbelanjaan terus meningkat berikutan munculnya pelbagai sektor dan model komersial baharu, yang menyumbang 60.5% kepada pertumbuhan ekonomi. 

Boleh dirumuskan bahawa terdapat tiga faktor yang membawa kepada prestasi baik ekonomi China, iaitu pertama, kesungguhan kerajaan mengamalkan dasar fiskal positif dan dasar monetari berhemat, menurunkan kutipan cukai dan mengurangkan kos pembiayaan; kedua, memperluas keterbukaan secara berterusan; dan ketiga, menggalakkan inovasi syarikat domestik. 

张哲