Xi Ucap Tahniah Perasmian WIC Ke-6

2019-10-20 13:50:13  CRI
Share with:
Presiden Xi Jinping mengutus surat tahniah sempena perasmian Persidangan Internet Dunia (WIC) ke-6 di Wuzhen, provinsi Zhejiang, timur China hari ini.

Xi berkata, tahun ini ulang tahun ke-50 kemunculan Internet. Kini pusingan baharu revolusi teknologi dan transformasi industri dipercepat, sementara sektor-sektor baharu seperti  kecerdasan buatan (AI), data besar dan Internet Barangan (IoT) berkembang pesat. Kesemuanya menyuntik pemacu lebih  kuat serta mencipta ruang lebih luas untuk pembangunan Internet.

Adalah menjadi tanggungjawab bersama bagi masyarakat antarabangsa untuk memajukan, menggunakan dan mentadbir urus  Internet secara baik demi manfaat umat manusia.

Beliau menyeru semua negara  akur kepada arus sezaman dan berganding tangan menangani pelbagai cabaran dan risiko, di samping menggalakkan tadbir urus Internet global ke arah membentuk komuniti berkongsi nasib ruang siber.      

 

梁靓