QMS Pertama Dirasmikan di Qingdao

2019-10-20 14:39:10  CRI
Share with:
Sidang Kemuncak Syarikat Multinasional (QMS) pertama dirasmikan di Qingdao, provinsi Shandong, timur China semalam. 

Naib Perdana Menteri China, Han Zheng menghadiri majlis perasmian dan membaca surat tahniah Presiden Xi Jinping.

Han Zheng menyatakan dengan tema "Syarikat Multinasional dan China", QMS pertama amat besar maknanya. Pengiriman surat tahniah oleh Presiden Xi justeru mencerminkan betapa kerajaan China mementingkan kerjasama saling untung dengan syarikat-syarikat berkenaan.

Katanya, syarikat multinasional menjadi peserta, saksi dan penerima manfaat  penting dalam proses pelaksanaan pembaharuan dan pintu terbuka China. 

Dalam lebih 40 tahun lalu, syarikat multinasional telah membawa kelengkapan teknikal maju, pengalaman pengurusan yang banyak, produk dan perkhidmatan berkualiti serta sumber inovasi yang unggul, yang membantu mempercepat pengindustrian China sekali gus memainkan peranan positif dalam pertumbuhan ekonomi China secara  sihat dam berterusan.

Sebagai jejambat antara China dengan dunia, syarikat-syarikat tersebut juga membantu mempercepat pengintegrasian ekonomi China dengan dunia khususnya membimbing syarikat China lebih terlibat dalam rantai bekalan, industri dan nilai sejagat, yang menyuntik penjana kuat bagi pertumbuhan ekonomi dunia.

Han Zheng turut menegaskan pembangunan ekonomi berkualiti pada masa depan mesti dijalankan dalam persekitaran yang lebih terbuka. 

China bersedia bekerjasama dengan kerajaan negara-negara lain, pertubuhan antarabangsa dan pelbagai pemain pasaran untuk memperkasakan kerjasama saling untung, membangunkan ekonomi terbuka dan berkongsi masa depan lebih cemerlang. 
张弘